Khamis, 30 Ogos 2012

refleksi saya

Belajar mereka dan menghasilkan satu ruangan blog, suatu yang baharu bagi saya. Pada mulanya rasa takut, bimbang,ragu-ragu, 'blur' , semuanya bercampur baur. Tapi kini, alhamdulillah, sedikit demi sedikit, peringkat demi peringkat saya lalui..dengan tunjuk ajar pensyarah, saya dapat menghasilkan satu ruangan blog yang serba ringkas. Semoga ianya menepati apa yang dikehendaki. Cara penyampaian semasa interaksi bagi saya, menggunakan pendekatan secara santai dan ini amat selesa bagi saya yang merupakan 'orang baru' dalam teknologi IT ini. Sejujurnya, kemahiran menggunakan teknologi ini bukanlah baharu dan pemerolehan ilmu dalam menguasainya pun diperoleh secara sendiri tanpa sebarang kursus. Pun begitu saya juga berterima kasih kepada para sahabat yang banyak menyokong dan menolong dalam subjek ini. Terima kasih kepada pensyarah BMM3105 kelas BM2 yang telah membantu membuka minda saya ke dalam dunia IT ini. Terima kasih..cikgu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan