Isnin, 8 Oktober 2012

HOMESTAY-CIK ANI JITRA

Ingin berkunjung ke Kedah? Menghadiri kenduri @ konvo @sebagainya? Tiada tempat penginapan? Cadangan homestay untuk anda...terletak di alamat :728 Jalan Lyana 2,Taman Tunku Sarina, Jitra, Kedah. Berdekatan dengan pekan Jitra.  Peralatan rumah lengkap. Harga sewaan RM120.00 @hari. Berminat sila hubungi Cik Ani 019-5598306.

Selasa, 2 Oktober 2012

Refleksi Keseluruhan BMM3105(P&P Berbantukan Komputer)

Assalamualaikum wbr., salam 1 Malaysia kepada semua rakan web sekalian.
         Terlebih dahulu dipanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin dan inayahNya, maka dapatlah saya menyiapkan kerja kursus untuk subjek Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM3105) ini. Kesempatan ini juga, tidak dilupakan kepada pensyarah yang bertanggungjawab memberi tunjuk ajar, membimbing dan sentiasa dalam keadaan sabar menghadapi karenah dan tingkah laku yang pelbagai dari kami semua.
          Dewasa ini pelajaran Bahasa Melayu adalah semakin mencabar. Kewujudan sumber-sumber ICT membuatkan pelajaran ini semakin mencabar kredibiliti para guru. Guru perlu memainkan peranan yang sesuai dengan arus perdana. Kebolehan mengaplikasikan kemahiran berkomputer merupakan suatu bonus bagi para guru. Namun, terdapat sebilangan kecil daripadanya yang masih ketinggalan.
           Pendekatan pengajaran menggunakan kemudahan ICT mampu menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih mendalam lagi mengenai sesuatu tajuk pelajaran. Guru yang berkemahiran pastinya tidak menghadapi masalah. Pun begitu, pihak kementerian telah banyak membelanjakan kos untuk menghasilkan alat atau bahan bantu mengajar berteraskan ICT bagi memudahkan dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran merentasi kurikulum.
           Sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang amat mencabar masakini, pelajar sebenarnya lebih tertarik jika seseorang guru dapat mengaplikasikan pengajarannya menggunakan teknologi semasa dengan baik. Oleh itu, kursus ini banyak memberi manfaat dan kelebihan kepada saya untuk menggunakan kemahiran yang diperoleh bagi membina bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai semasa di sekolah.
           Sepanjang menjalani kursus ini terutamanya dalam membina laman web ini, banyak pengalaman dan ilmu serta kemahiran baru yang saya perolehi. Sesungguhnya, sebagai seorang pendidik yang telah lama mengajar, pengalaman dan pengetahuan baru haruslah digarap sebanyak mungkin sebagai penambahan dan bekalan ilmu setelah tamat pengajian nanti.
           Menjalani kursus ini, secara tidak langsung saya belajar cara bagaimana mencari dan mengesan maklumat, mengumpul dan menyimpan bahan pengajaran dan sebagainya yang selama ini dilakukan secara manual. Semua ini merupakan input baru dalam kerjaya saya sebagai seorang guru.
           Saya sedar bahawa sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang pelbagai, menarik dan menyeronokkan para pelajar. Pemerolehan ilmu menghasilkan bahan menggunakan power point, penghasilkan video dan lain-lain akan saya manfaatkan sebaik mungkin.
           Perkembangan telekomunikasi yang serba canggih yang boleh dicapai di hujung jari sahaja, menjadikan kursus ini amat penting bagi saya yang perlu seiring dengan kehendak pelajar masa kini. Kebolehan mengaplikasikan  kemahiran ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mudah di samping dapat mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan kemahiran TMK.
          Kesimpulannya, kursus ini memberi peluang dan ruang kepada saya dalam memperbaiki diri yang serba kekurangan dalam bidang ICT khususnya dalam proses P&P sepanjang perkhidmatan saya kelak. Akhir kata, segala pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang dimiliki sepanjang mengikuti kursus ini diharapkan dapat dikembangkan dan digunakan semaksimum mungkin. Terima kasih atas segala budi dan jasa. Harta yang dikumpul akan berkurangan akhirnya tetapi ilmu pengetahuan akan berkembang dan berkekalan selamanya selagi ianya diamalkan. InsyaAllah.  Terima Kasih.







Sabtu, 15 September 2012

Aktiviti 2 - Katalog Alamat Internet (url)


Tajuk
1.1 Berita Sinar
URL

Sinopsis
Laman Akhbar Sinar Harian yang memaparkan berita perihal komuniti dan masalah tempatan.

Tajuk
1.2  The Star Online
URL

Sinopsis
The latest news, headlines and videos from Malaysia's leading news website on national, business, world, sports, movies, music, opinion & more.

Tajuk
1.3 Portal Pendidikan Utusan
URL

Sinopsis
Dunia Pendidikan Utusan Online - memuatkan pelbagai bahan menarik tentang dunia pendidikan Malaysia merangkumi, Aktiviti, Album, Gaya Hidup, Sains, dan lain-lain.

Tajuk
2.1 Kamus Bahasa Melayu
URL

Sinopsis
Laman sesawang yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ini mengenai makna atau takrif kata yang digunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah-sekolah di Malaysia.  Laman sesawang ini menyenaraikan semua kata dan pentakrifan beserta dengan  sumbernya.


Tajuk
2.2 Peribahasa : Simpulan Bahasa – Portal Pendidikan Utusan
www.tutor.com.my › UPSRBahasa Melayu
URL

Sinopsis
Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya ... Simpulan bahasa membawa maksud yang berlainan daripada maksud ...

Tajuk
2.3 Kata Kerja
URL

Sinopsis
Laman dari Wikipedia ini mengandungi penerangan lengkap mengenai kata kerja yang dapat membantu dalam  P&P selain maklumat tentang tatabahasa bahasa Melayu yang lain seperti morfologi, sintaksis, pembentukan kata dan lain-lain.

Tajuk
3.1 Majalah Dewan Pelajar
URL

Sinopsis
Laman sesawang ini dibangunkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Ianya menyasarkan pembaca daripada kalangan kanak-kanak. Majalah khusus untuk menyebarluaskan ilmu untuk kanak-kanak dalam pelbagai bidang dengan tujuan untuk menggalakkan minat membaca dalam bahasa Malaysia. Ianya juga menyediakan ruang untuk mengembangkan bakat serta daya kreativiti kanak-kanak dalam bidang penulisan.


Tajuk
3.2 Dewan Budaya
URL

Sinopsis
Laman sesawang ini berkaitan dengan majalah berbahasa Melayu di Malaysia khusus tentang kebudayaan dan diterbitkan sebulan sekali. Majalah ini menyasarkan pembaca daripada kalangan pemikir budaya, golongan profesional dan intelektual, pemimpin masyarakat, peminat seni dan budaya, pendidik, pelajar pengajian tinggi dan menengah atas. Ianya juga memaparkan tentang perkembangan nilai, sikap dan pemikiran masyarakat.

Tajuk
3.3 Permainan Tradisional dio Malaysia
URL

Sinopsis
Laman ini membincangkan tentang pelbagai jenis permainan tradisi merangkumi semua jenis permainan suku kaum di Malaysia

Khamis, 6 September 2012

Pelajar Dibenar Bawa Telefon Ke Sekolah-Setuju atau Tidak?



      Pelajar sekolah berkemungkinan dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun 2013. Begitulah kenyataan yang dibuat Datuk Dr Wee Ka Siong ,Timbalan Menteri Pelajaran. Perkara itu antara yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan.
 
       Dari satu sudut, isu ini merupakan inisiatif yang baik, dimana dengan adanya telefon bimbit, pelajar-pelajar terbabit dapat menghubungi ibu-bapa sekiranya berlaku apa-apa permasalahan. Namun, hanya itu sahajalah kebaikannya. Berbanding dengan keburukan, kami berpendapat perkara ini adalah lebih baik sekiranya tidak dilaksanakan.
“It creates more harm than good”

Walaupun penggunaan telefon bimbit diterhadkan hanya pada waktu di luar kelas, ianya tetap lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Isu masalah sosial yang tinggi, disamping dengan penguatkuasaan yang kurang, akan mendorong pelajar-pelajar ini ke arah keburukan. Dari banyak segi, kami tidak nampak mengapa ianya perlu dibenarkan.

Perbuatan merakam aktiviti yang tidak bermoral dan sebagainya lagi amat berleluasa dan tidak terhad kepada golongan dewasa sahaja. apatah lagi sekiranya penggunaan telefon bimbit dibenarkan di sekolah kelak.

“Sesuatu trend dilihat lebih realistik pada waktu sama perlu ada sekatan pengunaan supaya tak ganggu gugat perjalanan dalam kelas itu prinsip kita dapat pelawa pandangan semua pihak”.

Terlalu banyak negatifnya seperti kes kecurian, penyalahgunaan dan sebagainya. Di sekolah masih ada lagi telefon awam.Sekiranya ada apa-apa yang berlaku, masih ada lagi jalan penyelesaian dan juga guru yang dapat membantu.

Bagaimana dengan pendapat anda semua? Setuju atau tidak sekiranya pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun 2013 ini?

Sumber: